10 ADAB USRAH YANG SANGAT JELAS ‘KELUAR’ DARIPADA BABAK NABI YUSUF DALAM PENJARA (12:36-41)

1) Mulakan dengan bahasa persahabatan, bukan bahasa “ceramah” Yusuf tidak membuka sesi dengan “wahai manusia…”, tetapi dengan “يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ” (wahai dua sahabatku yang sepenjara). Ini adab asas usrah: hubungan dulu, isi kemudian—dakwah yang sebenar ialah bersahabat, kerana perubahan perlukan masa dan rasa ditanggung. 2) Dengar “presented problem”, tapi jangan terperangkap—carilah real problem Dua pemuda... Continue Reading →

KEINDAHAN SUSUNAN LAPAN CIRI ‘IBADUL RAHMAN DI PENGHUJUNG SURAH AL-FURQAN

1.Disangka ciri ʿIbād al-Raḥmān itu banyak tadabbur di bilik dan di masjid. Rupanya Allah mula dengan adegan di jalan raya dan pasar raya. Berjalan di bumi dengan tawadhu. Berdepan kaum jahil dengan salam. Cahaya al-Quran bukan hanya untuk dibaca. Tetapi untuk dibawa hidup dan disebar di tengah manusia. 2. Disangka siang begitu hebat mengurus dakwah... Continue Reading →

AKU, CHANGI DAN SURAH AL-INSAN

Ada sebab Islam menekankan musafir. Dahulu dengan unta, sekarang dengan kapal terbang. Apa yang sulit difahami dari al-Quran tanpa musafir, kini lebih dihargai. Yang mencipta idea pemodenan Changi sebegini, pasti tidak menyedari ideanya itu diilhamkan dari Pencipta syurga. Manusia kagum dengan keindahan sentuhan alam dalam sebuah lapangan terbang, namun malangnya manusia jika tidak nampak Pencipta... Continue Reading →

SELAMAT SAMPAI KEPADA-NYA DENGAN SURAH AL-MU’MINUN

Surah al-Mu’minun ialah surah tentang SELAMAT SAMPAI. Ia mengajar bahawa hidup bukan sekadar penentuan destinasi, bahkan kaedah keselamatan hingga selamat sampai ke hujungnya. Surah ini dibuka dengan berita kejayaan paling agung, iaitu orang beriman yang SELAMAT SAMPAI ke Firdaus. Bukan semua yang beriman disebut berjaya, tetapi hanya mereka yang memenuhi ciri tertentu. Allah kemudian membawa... Continue Reading →

IBADUR RAHMAN : INDAH TANASUB DUA AYAT

Ayat 72 melukis adab ʿIbād al-Raḥmān dengan “dunia manusia”. Bila terserempak dengan laghw, mereka mārū kirāman. Berlalu dengan maruah, tidak melekat pada yang sia-sia. Kemudian hadir ayat 73 datang seperti penegasan: Tetapi apabila Ibadul Rahman “terserempak” dengan āyāt Rabbihim, mereka tidak berlalu seperti orang pekak dan buta. Mereka berhenti, mendengar, memahami, dan membiarkan wahyu menggerakkan... Continue Reading →

Lima Sebab Kita Wajar Bersama Surah al-Mu’minun Sepanjang 2026

KEHAMBAAN (SPIRITUAL)Agar 2026 menjadi tahun solat yang lebih hidup dan khusyuk. Allah memulakan surah ini dengan kejayaan orang beriman yang solatnya penuh penghayatan (23:2). Solat yang khusyuk melahirkan jiwa yang beramanah. Manusia tidak diciptakan dengan sia-sia (23:115), tetapi untuk memikul peranan sebagai khalifah yang membawa keamanan di bumi. KEIBUBAPAAN (EMOSIONAL)Agar 2026 menjadikan kita ibu bapa... Continue Reading →

REFLEKSI HADIS KEDUA DARI MATAN ARBA’UN

Cara Jibril duduk menunjukkan adab yang tinggi di hadapan murabbi. Adab sebelum ilmu. Dan majlis ilmu fizikal, seakan lutut bertemu lutut, sentiasa ada barakah di zaman semua ilmu boleh dipetik dengan hujung hari. Jibril sedang mengajar para sahabat dalam bentuk “demontrasi” iaitu bagaimana bertanya soalan yang betul. Tidak semua babak bertanya itu ini, disukai Tuhan.... Continue Reading →

DARI SEORANG PENGKAJI MENJADI PEJUANG PALING DIGERUNI

Membelek sepintas lalu tesis lebih 600 halaman beliau, saya segera faham bahawa kelantangan ucapannya bukan sesuatu yang dibuat-buat. Disangka ia kajian seorang ahli akademik yang lahir dari bilik berhawa dingin, rupanya tulisan seorang insan yang selama ini menutup wajah dengan serban merah. Seorang ilmuwan yang akhirnya membayar kebenaran ilmunya dengan nyawa. Jelaslah kefasihan bahasa Arab... Continue Reading →

Move On from Negativity

Waktu ini, kaum mukminin di tanah Zaitun sedang giat membina semula rumah, masjid dan hospital mereka agar ia kembali berfungsi seperti biasa. Seakan tiada apa yang berlaku semalam, walaupun hakikatnya luka genocide itu terlalu perit untuk dikenang. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ Dan pakaianmu, maka bersihkanlah iaSurah al-Muddaththir ayat 4 Ia bukan sekadar tentang baju da‘i yang bersih.... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started